Tuesday, 26 April 2011

engkau yakin engkau beriman????

Nilaian pandangan manusia pada hari ini cukup kolot.

Boleh dikatakan sesetengah manusia mempunyai pemikiran yang hampir sama.pelik kan???

Bagi aku tak pelik langsung.                     

Manusia pada hari ni memang telah ditanam dan diajar untuk membuat sesuatu perkara untuk keuntungan diri sendiri sahaja..

Semua ni terjadi bukanlah disebabkan salah ibu bapa tetapi salah diri sendiri.

Semua ni tak kan berlaku dan terjadi sekiranya kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah Rasulallah.

Kalau difikirkan balik macam tak de kaitan kan dengan semua benda ni.itulah kesilapan yang paling terbesar yang manusia selalu lakukan pada hari ni.

# Ini antara perkara2 yang manusia sering alpa dan buat2 tak tau…….

*manusia kadang2 lebih mengenali teman wanitanya lebih daripada sejarah Rasullah

*manusia lebih kerap membuka facebook,twitter dan skype daripada membaca dan memahami Al-Quran dan sunnah Rasuallah

*manusia lebih mementingkan hubungan antara manusia daripada hubungan antara Allah

Sesungguhnya masih belum terlambat untuk umat manusia bangun dan membuka pintu hati mereka dan menghambakan diri pada Allah.

Kehidupan didunia dan akhirat haruslah diseimbangkan selagi tidak bertentangan dengan akidah Islam.

Marilah sama2 kita menghambakan roh,jasad,perasaan,hati dan nyawa kita hanya pada yang  ESA.


“SESIAPA YANG SUKA ALLAH MENGABULKAN DOANYA KETIKA DALAM KESUSAHAN MAKA HENDAKLAH IA MEMPERBANYAKKAN DOA KETIKA BERADA DALAM KESENANGAN”


Saturday, 2 April 2011

Dosaku padaMU


Tempat:bilik    9.24pm


Hari ni seperti biasa aku ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.
Entah kenapa hati aku tersentuh bila dengar imam membacakan surah al-fatihah
Aku rasa betul-betul sayu,pilu dan pedih.perasaan tu datang sekali gus.
Bila selesai solat maghrib,aku duduk di belakang masjid.
Fikiran aku melayang untuk mencari ketenangan.
Aku terasa sungguh bodoh,jahil dan buta.sekarang baru aku sedar.
Selama aku hidup ini aku terlalu mengagungkan wanita sehingga aku terlupa kepada Allah.
Aku bukan berniat untuk menyalahkan wanita.tapi semua ni salah aku.
Wanita adalah 1 anugerah ciptaan Allah yg teramat bernilai harganya.
Tapi sebagai manusia kita sepatutnya mengagungkan Allah lebih dari segalanya
Dulu aku selalu anggap cinta tu segala-galanya.namun aku tersilap.
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkan aku.
Mulai hari ini aku berjanji kepada diri aku agar tidak terlalu mengagungkan cinta kepada wanita.
Cinta aku hanyalah untuk Allah.
Lalu aku mengambil senaskah al-quran dan membacanya.
Diriku bagaikan sedang berhubung denganNYA.
Perasaan tenang dan bahagia terasa dihatiku.
Alhamdulilah aku sudah ketemu jalan penyelesaian.
Tanpa aku sedari air mata mengalir di pipi aku.
Ya Allah kau mudahkanlah urusanku.aku lemah tanpamu ya Allah..

Friday, 1 April 2011

'Laa Ilaaha IllaLLah'.

HARI KIAMAT akan SEGERA TIBA dan batu bintang akan terbit, AL QURANakan hilang dan matahari akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia akan PANIK..!!! .Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menurutiHAWA NAFSU dalam jiwa. Dan Barangsiapa yang menyebarkan ayat ini dan disebarkan kepada teman-teman atau Masyarakat Islam sekitarnya..

'SEBARKANLAH AJARANKU WALAU SATU AYAT PUN' (Sabda Rasulullah S.A.W)'Nescaya ALLAH S.W.T memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.' (Surah Al-Ahzab:71)

Aneh ya , ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita, serta-merta kita datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita (AZAN), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.

Heran ya ..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan berpesan-pesan (messenger,email) kepada beberapa orang kerana anda risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas pesanan ini kepada mereka..

Heran ya..bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan..

Baca, ... Assalamu 'alaikum, 
Kubur itu gelap, cahayanya ialah 'Laa Ilaaha IllaLLah'. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. 


Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): 'Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' (Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah!), kamu pasti berjaya!' 


Marilah kita ucapkan kalimah ini: 'Laa ilaaha illallah!' x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan dan PESANKAN kepada rakan-rakan dan sahabat handai anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini