Tuesday, 26 April 2011

engkau yakin engkau beriman????

Nilaian pandangan manusia pada hari ini cukup kolot.

Boleh dikatakan sesetengah manusia mempunyai pemikiran yang hampir sama.pelik kan???

Bagi aku tak pelik langsung.                     

Manusia pada hari ni memang telah ditanam dan diajar untuk membuat sesuatu perkara untuk keuntungan diri sendiri sahaja..

Semua ni terjadi bukanlah disebabkan salah ibu bapa tetapi salah diri sendiri.

Semua ni tak kan berlaku dan terjadi sekiranya kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah Rasulallah.

Kalau difikirkan balik macam tak de kaitan kan dengan semua benda ni.itulah kesilapan yang paling terbesar yang manusia selalu lakukan pada hari ni.

# Ini antara perkara2 yang manusia sering alpa dan buat2 tak tau…….

*manusia kadang2 lebih mengenali teman wanitanya lebih daripada sejarah Rasullah

*manusia lebih kerap membuka facebook,twitter dan skype daripada membaca dan memahami Al-Quran dan sunnah Rasuallah

*manusia lebih mementingkan hubungan antara manusia daripada hubungan antara Allah

Sesungguhnya masih belum terlambat untuk umat manusia bangun dan membuka pintu hati mereka dan menghambakan diri pada Allah.

Kehidupan didunia dan akhirat haruslah diseimbangkan selagi tidak bertentangan dengan akidah Islam.

Marilah sama2 kita menghambakan roh,jasad,perasaan,hati dan nyawa kita hanya pada yang  ESA.


“SESIAPA YANG SUKA ALLAH MENGABULKAN DOANYA KETIKA DALAM KESUSAHAN MAKA HENDAKLAH IA MEMPERBANYAKKAN DOA KETIKA BERADA DALAM KESENANGAN”


No comments:

Post a Comment