Tempat:bilik 9.24pm
Hari ni seperti biasa aku ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.
Entah kenapa hati aku tersentuh bila dengar imam membacakan surah al-fatihah
Aku rasa betul-betul sayu,pilu dan pedih.perasaan tu datang sekali gus.
Bila selesai solat maghrib,aku duduk di belakang masjid.
Fikiran aku melayang untuk mencari ketenangan.
Aku terasa sungguh bodoh,jahil dan buta.sekarang baru aku sedar.
Selama aku hidup ini aku terlalu mengagungkan wanita sehingga aku terlupa kepada Allah.
Aku bukan berniat untuk menyalahkan wanita.tapi semua ni salah aku.
Wanita adalah 1 anugerah ciptaan Allah yg teramat bernilai harganya.
Tapi sebagai manusia kita sepatutnya mengagungkan Allah lebih dari segalanya
Dulu aku selalu anggap cinta tu segala-galanya.namun aku tersilap.
Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkan aku.
Mulai hari ini aku berjanji kepada diri aku agar tidak terlalu mengagungkan cinta kepada wanita.
Cinta aku hanyalah untuk Allah.
Lalu aku mengambil senaskah al-quran dan membacanya.
Diriku bagaikan sedang berhubung denganNYA.
Perasaan tenang dan bahagia terasa dihatiku.
Alhamdulilah aku sudah ketemu jalan penyelesaian.
Tanpa aku sedari air mata mengalir di pipi aku.
Ya Allah kau mudahkanlah urusanku.aku lemah tanpamu ya Allah..



No comments:
Post a Comment