Wednesday, 9 March 2011

*kelemahanku,kesalahanku

9/3/2011    3.00am

Dalam blog ni jarang aku ceritakan mengenai hidup aku.Tapi kali ni aku tulis juga kerana telah berlaku situasi yang amat menakutkan.Selama ni aku mungkin terlalu bodoh,jahil dan tak tahu menghargainya.

Tujuan aku tulis semua ni supaya aku lebih menghargai dan tak kan lupa orang yang ada disekeliling aku.pada pukul 1.30 am macam tu,orang kesayangan aku(A) menghantar mesej yang seolak-olah suka kat orang lain.masa tu badan aku mula menggeletar ketakutan,badan aku tiba2 menjadi sejuk.hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu.

Tapi aku sembunyikan perasaan tu dan membalas mesejnya macam biasa,padahal masa tu memang aku rasa macam nak nangis ja sebab aku kenal dia hampir 4 tahun.tak kan dia nak tinggalkan aku macam tu ja??? Tapi untuk menyedapkan hati,aku berbisik pada hatiku.”mungkin lelaki yang dia jumpai tu lebih baik,beriman dan menghargai dia”,”mungkin ini takdir tuhan untuk aku,terimalah dengan redha”

Tapi cara tu masih tak menyenangkan perasaan aku.Jantung aku berdenyut kencang macam kena kejar anjing.aku takut sangat2.perasaan tu tak pernah berlaku dan wujud sebelum ini.


Hanya dengan 1 soalan sahaja daripada A sudah buatkan aku tak keruan.selama ni aku ragu2 dengan perasaan aku kat A.adakah kami hanya kawan baik,sepasang kekasih atau pown hanya sebagai kawan sahaja.dia di kedah dan aku di Selangor.adakah aku dapat bercinta dengan A walau pown kami berjauhan.

Aku tak pernah menyukai orang lain selain A,walaupown aku ni suka bersosial dan suka keluar dengan perempuan2.tetapi dia teramat indah dan istimewa buat aku.terlalu banyak perbezaan antara A dan perempuan yang pernah aku jumpa.aku suka dia bukan sebab fizikalnya tetapi kerana hatinya.
tak pernah aku jumpa seorang wanita yang mempunyai hati yang tersangat mulia.sifatnya memang memang membuatkan aku terpikat.oleh sebab kata-katanyalah aku berubah daripada jahil kepada orang yang lebih menghargai ilmu dan hidup.selama ni dia la yang banyak bagi aku nasihat kalau aku ada masalah.dia bagaikan cahaya yang menerangi jalan hidup aku.tanpa A mungkin aku sekarang ni kena buang dari university.tapi oleh kerana semangat dan kata2 yang dia beri pada aku,kini aku menjadi manusia.dulunya aku perangai setan.tapi kini aku dah berubah kerana bimbingan dia.kerana dia jugalah aku kembali kepada jalan yang Maha Esa.

Dapatkah aku hidup tanpanya??? Aku mengaku memang aku tak mampu hidup tanpanya.kalau dia lenyap dalam hidup aku itu bermakna aku telah kehilangan sebahagian daripada jantung aku sendiri.dapatkah aku bernafas dan hidup seperti dulu???

Pernah aku katakan pada A bahawa carilah pasangan yang terbaik dalam hidupnya.aku takut sangat kalau kata2 tu memakan diri aku.tapi kalau dia sudah memiliki seseorang aku redha dan sentiasa mendoakan kebahagian dia.

Aku betul2 mengharapkan cinta dia kepada aku kembali bersinar bak mutiara yang sinaranya tak pernah malap.aku cuma nak dia tahu yang aku benar2 menghargai dia.tidak pernah ku jumpa kehebatan,kemulian,kejernihan dan kesucian cinta sehinggalah aku menjumpa dia.

Cinta itu terlalu luas maknanya.memiliki cinta itu 1 tanggujawab.Untuk mencipta cinta perlukan 1 pengorbanan dan terpaksa mengorbankan hati dan perasaan orang lain.hormatilah cinta kita selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak…

aku cinta padamu anis.


No comments:

Post a Comment