Saturday, 5 March 2011
berdosakah mereka???
Nilaian pandangan manusia pada hari ini cukup aneh bagi aku kerana setiap insan mempunyai nilaian pendapatnya tersendiri.Jika terpampang di muka akhbar tajuk mengenai “pembuangan bayi” apakah kata2 yang pertama sekali terkeluar dimulut korang??? Pandai2 la tanya diri sendiri.
Entah mengapa jiwa aku cukup tersentap bila tengok bayi2 yang baru hendak menghirup nafas dibumi yang fana ini dengan tiba2 telah dicabut nyawanya oleh manusia2 yang terdesak dan bercelaru fikiranya masa itu.Hanya kerana untuk menjaga maruah keluarga dan diri sendiri mereka sanggup mengambil kerja tuhan dengan membunuh bayi2 yang tak pernah berdosa terhadap mereka.
Mengapakah perkara ni berlaku??? “pandai buat,pandai tanggung la”,inikah jawapanya.Adakah ini satu trend??? Sebenarnya masih belum terlambat untuk masyarakat mengubah pandangan pemikiran mereka.
Pernahkah anda berasa bersalah dan bertanggungjawab apabila terbaca kes2 yang melibatkan dosa besar mahu pown kecil terpampang dimuka akhbar yang dilakukan oleh manusia pada hari ini?? JIka anda jawab tidak,maknanya anda mempunyai masalah.
Aku rasa pembuangan dan pembunuhan bayi semakin berleluasa kerana mereka takut masyarakat akan menghina,mencaci,memulaukan dan yang teruk sekali masyarakat jijik memandang mereka.Hukuman yang dijatuhkan oleh masyarakat terhadap mereka sebenarnya lebih teruk daripada hukuman gantung sampai mati.
JIka masyarakat berubah,aku yakin kejadian ini akan berkurangan.Tapi yang pastinya pemikiran manusia amat sukar untuk diubah.
#Bertaubatlah kamu selagi pintu taubat masih dibuka.
#Berbuat baiklah kamu sesama insan selagi kebaikan itu masih mampu dilakukan
*Anak ialah cahaya yang telah diamanahkan oleh Ilahi kepada umatnya.Sesiapa yang mempersia-siakan pemberiaNYA maka nerakalah tempatnya.
Hanya satu pertalian yang tak akan memisahkan umat manusia selama-lamanya,iaitu ikatan persaudaraan sesama Islam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment