Kini aku sedar betapa hebatnya kekuasaan Allah.aku begitu lemah bila berhadapan dengan cinta.bila perasaan cinta terhadap wanita itu muncul di dalam hatiku,aku terasa tersangat bahagia kerana dihargai dan disayangi.aku juga sangat sayang akan dia.
Mencintai dan dicintai itu satu tanggungjawab dimana setiap pasangan harus saling mempercayai,tidak mengkhianati antara satu sama lain dan yang terakhirnya ialah “perasaan kau terhadap dia”.sukar untuk aku ungkapkan maksud “perasaan” itu sendiri kerana setiap insan ada caranya yang tersendiri untuk menunjukkan dan meluahkan perasaanya terhadap orang yang tersayang.ada juga sesetengah orang lebih suka menonjolkanya melalui perbuatan dan ada juga melalui percakapan.bagi pendapat aku,asalkan kita ikhlas nescaya dia akan paham akan kasih dan sayang kita terhadap mereka.
Memang tak dapat aku nafikan yang aku benar-benar hargai,cinta dan sayang akan seorang wanita yang bernama anis.cukup payah untuk dapat wanita sepertinya pada hari ini.hatinya tersangat suci. dia sanggup menderita semata-mata untuk menggembirakan orang lain.aku betul2 tak pernah jumpa wanita semulia dia.bagi aku dia adalah sebutir mutiara yang tersangat bernilai,sinaranya pula tersangat terang dan cahayanya sangat suci.dia begitu sempurna dan mulia.
Dan aku pula jahil,busuk hati dan segalanya yang ada dalam diri aku semuanya buruk2 belaka.sifat kami tersangat la berbeza bagai “permata dan sampah”.tapi 1 perkara yang menyatukan kami iaitu perasaan kasih ,sayang dan cinta.
aku takut tak dapat menggembirakan dia.aku takut kalau dia sedih sebab aku.aku takut kalau dia kecewa dengan sifat aku.kini aku sedaya upaya untuk membuatkan dia bahagia.aku sanggup menderita seumur hidup aku kalau derita itu dapat membeli sebuah senyuman yang terukir di pipinya.itu pown dah membuatkan aku bahagia dan gembira.
Aku selalu membuatkan dia derita.aku memang bodoh kan? Sebenarnya cinta dan kasih aku tak pernah berbelah-bahagi terhadap insan yang bernama anis.walaupown dia tak membaca blog aku tapi aku nak korang yang membaca ni agar “bertanggungjawablah ” terhadap cinta anda.
Cinta itu wujud dan terjalin bila dua insan itu merasakan dihargai dan menghargai antara satu sama lain.cinta itu sebuah cahaya suci dua insan yang didalamnya terukir perasaan bahagia.


No comments:
Post a Comment